Tentang Kami
"السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ. Dengan Nama Allah swt yang maha pengasih lagi maha penyayang..."
Amwaj Travel & Tours Sdn Bhd sentiasa menitikberatkan keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan para pelanggan terutamanya para jemaah dalam misi menunaikan ibadah Umrah dan Haji. Organisasi kita sentiasa mengamalkan prinsip amalan kerja yang bertanggungjawab, berdedikasi dan amanah serta telus dalam memenuhi kehendak para pelanggan.
Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Semoga kami sentiasa dapat mengekalkan reputasi yang baik sebagai antara syarikat agensi perkhidmatan pelancongan yang diyakini oleh Keluarga Malaysia.
Dato' Ahmad Zaidi Bin Zainal
Ketua Pegawai Eksekutif
Moto Amwaj
Selamat
Memastikan setiap perjalanan dan ibadah terjamin keselamatannya. Kami menguruskan setiap risiko dengan teliti agar anda dapat fokus kepada kembara dan ibadah dengan tenang.
Selesa
Menyediakan kemudahan penginapan premium dan logistik yang lancar. Keselesaan anda adalah keutamaan kami dalam menetapkan standard tertinggi untuk setiap pakej.
Sejahtera
Menjaga kebajikan dan kelancaran urusan setiap jemaah. Kami bermatlamat memberikan pengalaman harmoni yang membawa kesejahteraan kepada rohani dan jasmani anda.
Latar Belakang
Amwaj Travel & Tours Sdn Bhd ditubuhkan pada 09 September 2013 dan beroperasi di Ara Damansara. Sebagai syarikat melayu bumiputra sepenuhnya yang sah berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, kami komited memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Bermula dengan khidmat Inbound & Ticketing, kami mengorak langkah pada tahun 2016 dengan kelulusan Outbound, dan pada tahun 2019, kami berjaya mendapat kelulusan khas untuk melaksanakan pakej pelancongan Umrah dan Ziarah.
Kredibiliti Kami
Kami merupakan ahli gabungan yang diiktiraf bagi memastikan kualiti dan keselamatan perjalanan anda terjamin:
- Kementerian Pelancongan (KPK/LN: 7543)
- Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji (PAPUH)
- Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA)
- Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA)
Visi
ATNTSB akan sentiasa berdedikasi tanpa henti berusaha untuk menjadi antara 10 syarikat agensi pelancongan terkemuka di Malaysia dengan membawa pertumbuhan positif kepada komuniti dan membantu para pelanggan dalam merealisasikan impian ibadah mereka.
Misi
- Mengutamakan keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan kepada pelanggan kami.
- Beroperasi sebagai satu organisasi yang berlandaskan patuh syariah.
- Mengamalkan amalan etika kerja yang bertanggungjawab, berintegriti, telus dan sentiasa berinovasi.
- Menyediakan pakej-pakej pelancongan yang unik dan menarik ke negara-negara islam serata dunia dengan harga yang berdayasaing.
